Pengikut

Isnin, 31 Oktober 2011

JOM BELAJAR MASAK KEK COKLAT ^^

   

Bahan-bahan ( 18 orang makan )

  • 240g tepung gandum
  • 340g gula kastor
  • 240g butter
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Masukkan serbuk koko,air dan susu cair.Kacau sehingga serbuk koko larut dan pekat.
  2. Ayak tepung gandum,serbuk penaik dan soda bikarbonat.Putar butter bersama-sama dengan gula hingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji sampai sebati.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diselang-seli dengan coklat tadi.
  4. Masukkan ke dalam acuan 1/3 penuh.Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 20-30 minit.

SELAMAT MENCUBA!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan